blog-indonesia.com JAGA-PELIHARA-LESTARIKAN LINGKUNGAN HIDUP INI - BUANG SAMPAH PADA TEMPATNYA, TANAM TANAMAN PADA LAHAN KOSONG, MINIMALISIR PENGGUNAAN AIR BERSIH, KURANGI BERKENDARAAN blog-indonesia.com

Selasa, 11 Agustus 2009

Mengenal dan Menguji Ketajaman Mata Kail

Selepas kita telah megenal jenis jenis mata yang terdapat pada kail marilah kita tengok masalah yang terdapat pada mata kail. Banyak orang berpendapat bahawa mata kail yang dibeli itu tajam dan boleh digunakan secara begitu sahaja. Kita perlu menguji ketajamaan mata kail tersebut dan anda perlu tahu bahawa pengeluaran mata kail dikilang adalah secara banyak sekali kadang kadang berjuta bentuk mata kail dikeluarkan sekali gus dan akan terdapat mata kail yang tidak tajam. Melalui pengalaman saya sendiri 6 dari 10 mata kail yang saya temui tidak tajam dan perlu di asah terlebih dahulu.


Cara-cara Untuk Menguji Ketajaman Mata

  1. Ambil mata kail tersebut dan letak diatas kuku ibu jari anda
  2. Gelunsurkan ( heretkan) mata tersebut diatas kuku.
  3. Sekiranya ia gelincir dengan senang tampa meninggalkan kesan heretan ini bermakna mata kail tersebut tidak tajam.
  4. Seandainya ia tidak mengelunsur dan melekat atau kekal kedudukannya ini bermakna ianya benar benar tajam.
Kita mesti faham bahawa mata pada kail adalah dicipta untuk menembusi mulut ikan dan menahanya dari terkeluar.Jadi ketajaman mata adalah amat penting sekali dan perlulah mempunyai "cutting edge" dan ketajaman hujungnya (sharp point) untuk menembusi mulut ikan tersebut. Begitu juga "barb" pada mata tersebut untuk menahan mata kail itu dari terlucut. Oleh yang demikian terdapat beberapa tanda pada kail yang kita perlu perhatikan apabila hendak memancing.

Tanda Tanda yang perlu diperhatikan adalah:


1. Panjang mata berkurangan (Receding Point Length.)



Bagi satu kail untuk berkesan kepanjangan mata kail itu amatlah penting bagi mencakuk mangsa dari tahap hujung mata kekeduri (barb) kail. Kadang kadang tahap kepanjangaan akan berkurangan disebabkan ianya patah atau pun ia telah haus. Megasah berterlaluan juga boleh menyebabkan ini berlaku jadi sekiranya ini berlaku maka janganlah menggunakan nya lagi

2. Hujung Mata Bengkok (Bent Point)


Ada kalanya mata pada kail akan membengkok disebabkan tersangkut pada reba ,batu, karang maupun pada tulang bibir ikan. Sekiranya ini berlaku anda patutlah melurusnya kembali serta mengasahnya semula atau terus menukarkan mata kail tersebut. Mata yang bengkok sangat mudah dilucutkan oleh ikan apabila ia melompat atau meronta.

3. Burrs on Barb


"Burr" atau selaput yang terdapat pada "barb" selalu berlaku apabila terdapat berlebihan logam semasa pemerosessan dikilang. Ingat tujuan "barb" pada mata kail adalah untuk memegang ikan setelah mata menebusi mulut ikan. Sekiranya terdapat "burr" pada "barb ia akan mengelak pemeggangan dan mungkin ikan akan terlepas. Cara untuk menghilangkan "burr" ini adalah dengan mengasahnya dengan "file" atau kikir.

Cara-cara Mengasah Kail

  1. Pegang mata kail dengan kuat.
  2. Asah mengunakan kikir atau batu pengassah dari "barb" ke mata kail tersebut dengan membawanya kebawah beberapa kali dalam satu arah. Tentukan pengasah dipeggang pada sudut atau "angle" yang sama.
  3. Ulangi asahan pada mata yang bersebelahan.
  4. Uji ketajaman mata kail tersebut.



Tips Untuk Mengasah Mata Kail
  1. Jangan asah mata kail berterlaluan.
  2. Mata kail mudah karat, jadi selepas mengasahnya atau digunakan selalu keringkannya.
  3. Jangan simpan mata kail ditempat yang lembab atau dalam kotak yang basah.
  4. Belilah mata kail dari jenama yang terbukti dan ingat mata kail yang berharga tinggi ada sebabnya, jenis yang mahal selalunya kuat dan tajam.
  5. Tukar atau jangan guna mata kail yang berkarat.Kebanyakaan pemancing megambil sikap indah tak indah apabila ia datang pada mata kail dan banyak ikan tak terkena atau terlepas disebabkan kail yang tumpul. Saya harap selepas membaca ini kuranglah ikan akan terlepas disebabkan kail yang tumpul. Amalkan "KONSEP TANGKAP DAN LEPAS" untuk kebaikan semua supaya ikan tidak pupus.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Komentar Anda sangat berarti sekali buat perkembangan blog ini, Terima kasih...

 

Pengikut

Bagikan Bagikan
Top Fishing Websites at TopFishingSites.Com Add to Technorati Favorites Monitor link cyber-lake.com Top Fishing Sites

MANCING MANIA Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template